Melakarkan Warna-warni dalam kehidupan.
Adakala hitam,adakala putih,adakala..kelabu.
Warna-warna yang mungkin juga mewakili sesuatu perasaan..
Perasaan sakit hati..kelabu.
dng seseorang..pun juga kelabu
dng urusan kerja..juga kelabu.
dng persekitaran kehidupan..juga kelabu..
Aku juga masih tidak faham..
urusan sakit hati apakah yg masih disimpan manusia
Urusan sakit hati yg telah ditukar kepada dendam barangkali..
dosa?..kesalahan?
Selagi bernama manusia..tidak lari dari mencecah keduanya.
Cuma..
Dosa dan kesalahan yang dicecah tidak selamanya terpalit.
Kembali berdiri di atas landasan kebenaran yng benar..
Walau payah terluka kaki terpijak duri..
Sabar lah duhai hati..
Allah sentiasa bersama orang-orang yg sabar.
Pujuk hati mu dng ilmu..
Itu pesan orang tersayang.
Biarkan mereka berdendam,biarkan mereka membenci.
Kerana segala urusan buruk dan baik..tetap urusan Allah.
Buruk itu ujian,
Baik juga ujian..
Duhai hati..semoga di beri ketabahan dng ujian ini..

No comments:
Post a Comment