Me is Lin

My photo
Hidup ni mudah, jangan di berat-beratkan. semua ada masaalah, let ur life be easy, enjoy, ketawa gumbire selagi mampu.

Thursday, December 23, 2010

ALhamdullillah

ALhamdullillah...
Masih di beri peluang untuk bernafas,
Masih diberi peluang untuk melihat sebaik sahaja tersedar dari lena,
Kematian yang sementara..
Syukur....masih dipinjamkan segala sifat zat Maha Pencipta..
Untuk meneruskan perjalanan sang khalifah..
Dalam menyelami perjanjian perjalanan..
Menyelami segala yang baik datang dari Nya..
Memahami segala yang buruk datang dari nafsu yang jahil.
Yang jahil..perlu di beri ilmu..
Agar pulang kelak mengenal jalan dan diri....
Subhanallah....

Monday, December 20, 2010

USAI

Melakarkan Warna-warni dalam kehidupan.
Adakala hitam,adakala putih,adakala..kelabu.
Warna-warna yang mungkin juga mewakili sesuatu perasaan..
Perasaan sakit hati..kelabu.
dng seseorang..pun juga kelabu
dng urusan kerja..juga kelabu.
dng persekitaran kehidupan..juga kelabu..

Aku juga masih tidak faham..
urusan sakit hati apakah yg masih disimpan manusia
Urusan sakit hati yg telah ditukar kepada dendam barangkali..
dosa?..kesalahan?
Selagi bernama manusia..tidak lari dari mencecah keduanya.

Cuma..
Dosa dan kesalahan yang dicecah tidak selamanya terpalit.
Kembali berdiri di atas landasan kebenaran yng benar..
Walau payah terluka kaki terpijak duri..

Sabar lah duhai hati..
Allah sentiasa bersama orang-orang yg sabar.
Pujuk hati mu dng ilmu..
Itu pesan orang tersayang.
Biarkan mereka berdendam,biarkan mereka membenci.
Kerana segala urusan buruk dan baik..tetap urusan Allah.
Buruk itu ujian,
Baik juga ujian..
Duhai hati..semoga di beri ketabahan dng ujian ini..

Sunday, December 19, 2010

kembali

terlalu lama tidak menjengah..blog. di hambat masa yg sentiasa mencemburui laluan perjalanan nafas.. Ada masa dan ketika,ada waktu2 bertenang untuk berfikir sejenak.. Kemana ..hala tuju arah kehidupan kekal selepas berakhirnya hujung nafas kelak. Bila..waktu nya Bila..harinya.. Bagaimana...pengakhirannya... Dosa...pahala... Apa sahaja yg x pernah jasad ceburi.. membawa bersama sifat2 yg zat empunya kekal abadi.. Tak cukup lagi rasa tidak puas hati..tentang kekurangan sifat duniawi Sedangkan tiada untuk kekal melainkan bersifat sementara.. Hanya untuk memuas hati...dn nafsu Sedang diri..sentiasa dilupai untuk di sayangi... Menghargai dan menyayangi insan2 di sekeliling.. Moga... akhir lena tidak berakhir jasad sudah tidak bermaya...esok hari. Sekurang2 nya..sempat bersisa...sayang dan cinta..