Me is Lin

My photo
Hidup ni mudah, jangan di berat-beratkan. semua ada masaalah, let ur life be easy, enjoy, ketawa gumbire selagi mampu.

Thursday, September 3, 2015

Andai

Bukan mudah untuk menjalani perjalanan hidup sebagai aku
Lebih lagi dari sisi ilmu bahawa aku ini langsung tiada daya upaya melainkan sebagai boneka si wayang kulit yang mengikut gerak cerita yang telah d tetapkan
Malah setiap butir baris terilham ini jua bukan punya ku namun..
coretan ini sebagai kenangan andai suatu masa sampai janji untuk menitik noktah terakhir perjalanan
Apa ada dalam hati..
Bersarang rasa segala rasa kesedihan ,tertekan dengan tekanan
Sukarkah utk memahami jiwa dan hati seorang wanita
Usia yang bersisa baki ,jiwa semakin sepi dan rindu
Menumpang indah melihat suami memimpin tngn isteri, mengucup dahi atau pp d khalayak ramai, tiada rasa setitik untuk rasa pelik dan mual kerna bahagia nya perasaan wanita itu sebenarnya utk d kongsi rasa.
Tapi hanya mampu memandang..
berbicara ada kala d salah ertikan
berkongsi rasa ada kala d ertikan ungkitan
bertahan kan rasa adakala d ertikan melawan
jdi d mana rasa
telan lah..
berdiam itu lebih mulia. dari terus d sakiti
jika tak mampu memberi kemewahan ckup sekadar kebahagiaan. tp d mana rasa?
berbicara utk mempertahankan.. d balas dgn kejian menghina diri.
jdi d mana rasa?
Jika itu perjanjian dalam hidup, smpi masa utk redha. namun .. sarat nya rasa dalan jiwa.
hanya Tuhan yg lebih mengetahui.