Me is Lin

My photo
Hidup ni mudah, jangan di berat-beratkan. semua ada masaalah, let ur life be easy, enjoy, ketawa gumbire selagi mampu.

Monday, October 17, 2022

Corat coret sikit (Part 1) Kelantan 15/10

Al kisahhh, toyyibbbb. Sang kancil dtg beramai ramai di padang fasirun tumpuk tumpuk taik untaa. 2022 bru nk update blog sbb tk berapa rajin letli ni. so start stori trip p kelantan sblm rajin nk tulis stori trobek yg dh mcm mcm dlm kehdupan seketul LIN HAMDAN.
Mmg tkplan pn nk p trip Kelantan naik ketapi usang ni. Sbb bru j balik bercuti, tp sbb ratu beta insist nk pegi merasa naik keretapi lama lepas kena provokasi anak anak menakan dia, dgn semangat waja jual nama sis kat king, dgn alasan sis akan jdi bodyguard. dpt lah permisen king utk dia turut serta dalam rombongan cik kiah cik senah cik zainab bagai.
ok di sbbkan ratu beta ni tk berapa kukuh sgt dh kaki lau nk jalan jauh. maka nyaa memikirkan sah sah lah sis yg kena seret bag bag semua, gigih lah pegi gym, slow walk keliling kampung smpai 2,3 kilometer utk keep fit supaya jgn mengah sbgai persediaan awal. sbb lelemak kolejen sis ni kdg tk beri kerjasama semenggah lau jalan jauh. pancit lah mengah lah semput lah. so kita kasi fit sikit. nk kurus mmg idak ler, tp boleh la stakat nk jalan laju tanpa plumbum n mengah kt kerongkong. iols ok!
tkde lah terlempap lempap jalan mcm keta lembu kt melaka tu slow motion.
sblm tu dh bnyk baca review trip org lain nek ketapi tu. pro n cons sume gigih sis baca. n part tk besh bab toilet. tu lah masalah besar nya. sbb bia umah senget buruk asal jamban tmpt cret helok n bersih. idak ler hrp memancar mancar sinar nya tp ckup lah buat tenang hati melabur pasaran saham dgn tenang. tp rata rata penulisan sume sentuh psl toilet dlm ketapi hauk. maka nya awal jugek la brief mak n yg lain lain ttg toilet dlm ketapi memandang kan bkn sejam dua perjalanan. mmg isu nti.
dan juga d sebab kan kite org last minit bgi nama kt ahlul rombongan, maka nya idakler dpt katil utk perjalanan 12 jam ke wakaf bahru tu. 
sbb mak sis eksaitet tahap naruto sembilan lubang nak naik keretapi, dia bilang. "takde hal lah" kakak pun hurmmmm kan je dlm hati yg ad mcm saiton sikit 😂 
brief mak jgn bawak bag melampau banyak n jgn isi mcm mcm. sbb nk p sekejap j pun. yg penting idak ler gigih ku nk menyeret bag bag ðŸĪŠ
hari kejadian, turun stesen KTM bahau, sblm jam 12am, n ketapi yg d jadualkn tiba 2am smpai 2.35am. mmg nama pun kereta api tanah MELAYU. jdi jadual tu mmg idakler tepat time nya. pulak tu internet bergerak dgn pantas kt stesen tu tersebar dek mkcik mkcik onion d khabarkan ad skali permaisuri sultan selangor dlm kereta api tersebut. dua kali ganda lah ke eksaitetan mereka mereka itu. masak kena gigit nyamok kt stesen ketapi smntara tnggu sampai.
bila kereta api dh smpai maka bermula lah 12 jam yg mencabar kesabaran ketenangan n mcm mcm lah ke nya. flushy pillow yg sis bawak beralih tgn pegi kt mak sis, sbb boleh dia bawak bantal karipap baby cucu dia utk buat alas tido. haihhh.. 
acah anak tk berapa nk derhaka mengalah la sis. ddk tegak senget sendeng bagai nk selesakan kt seat selama 12 jam perjalanan tu. mmg tk galakkn lau ad anak anak kecik tgh melasak bawak naik train utk perjalanan jauh cenggitu. kebas kebas bumper sis, mcm teralih buah pinggang pun ada, mcm terbalik usus besar pun ada, tulang medula oblangata pn mcm tk rasa, eh pendek kata mmg serba tk kena lah.😂
dh berjam jam punya tahan xnk p toilet, sbb dh baca bad review org, dok la meditasi jgn lah p toilet jangan lah nk ter cret ke kencing ke apa. tp serendar gak. so pakai mask siap siap, bawak wet tissue, sanitiser bagai, sib x bawak mortein baygon bagai 😂. n tadaaaa... its real nya nightmare! 
cancel p toilet!
tahan selagi boleh tahan. time tu fikir lantak lah lau kena batu karang baik 😂😂
jdi sis pun jalan la dri koc ke koc dok riki toilet helok sikit, n p kantin kt koc 5 nk beli air panas. cacing dh menari cha cha bongo bagai. konon nk acah instapemes la nk pepiling pikcer angkat cawan kopi bekgraun cafe. skali smpai ha hambek beratur org smpai kt pintu. meja tk berapa ramai , n rata rata penuh org org permaisuri . mybe bodigat ke polis ke dayang ke apa nth. mmg bkn marhaen . pstu tk la reti reti dh minum makan blah, mcm kedai kopi bagai berborak lama lama tk pduli org yg dok beratur ramai ni ha. tibe mmg btul rasa mcm dlm pilem tamil. taguna btul. 
lps dpt menyelit nyelit kan diri, kire halal lah tu kot tersagat badan ngn sesapa 😂, order teh tarik ngn neslo panas. blik pulang koc kakak. 
dpt la jmpe toilet agak murni sikit kt koc lain. lega noh..
ok nti sambung part lain. sbb otak mcm jem tk ckup tido. nk qada tido sat.. 😜

Bicara itu indah

Semalam,ketika kedukaan itu melanda,
Ada sahabat yg setia untuk mengembirakan,
Ada anak-anak yg buat aku terhibur,
Ada adik yg memahami,
Betapa aku harus mensyukuri kebahagiaan itu..

Tak perlu nak sakit otak nak fikir tentang ketidak telusan
Dalam berkasih sayang,
Sebab itu memang adat dalam dunia yang pelik ini.
Manusia selalu menilai dari luaran,
Sehingga terlupa untuk menghargai dalaman yg abadi,
Sedangkan itu,yg menjamin kebahagiaan untuk ke akhirnya.

Aku amat percaya dengan teori itu.
Cintai diri insan yang didalam,
Kerana cinta itu akan abadi dn
tak akan pernah luntur.

Monday, August 9, 2021

Kehilangan Itu Menakutkan


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, sesungguh nya hari ini tak mampu bertahan untuk membenteng kan teguh kesabaran, redha, percaya qada dan qadar, agar tiada bah dengan limpahan air mata.

Baru baru ini saya  kehilangan orang tersayang, ayah angkat, seorang guru yg membimbing tentang bab ketuhanan, orang2 yg di kenali, orang2 yg pernah saya kisah, saya peduli di dalam hidup telah syahid angkara wabak, hilang kata dengan di tambah berita kehilangan almarhumah Siti Sarah hari ini , seorang artis. Yg selama ini, saya tiada kisah dengan dengan cerita artis, kehidupan artis, tapi sgt terkesan dengan pemergian nya. Mental koyak, tak tahu berapa banyak air mata jatuh seharian ini, dengan tontonan video ketika saat indah n bahagia nya beliau ketika hidup bersama keluarga, video pengebumian beliau.

Betapa singkat nya hidup, betapa rasa tak ckup masa rasa nya untuk menikmati hari2 indah bersama orang yang paling kita sayang. Dan sangat terkesan, kehilangan itu menyakitkan, melukakan, memedihkan. Sangat takot untuk melalui perjalanan yang tak pernah kita bayangkan, yang tak nak di bayangkan jika mampu. Tiba-tiba teringat anak-anak yang jauh di perantauan, adik-adik yang jauh, saudara mara, mak2 saudara, ipar duai, anak2 saudara yang menggembirakan yang jauh, sepupu2 yang dah lama tak jumpa kerana kekangan keadaan yang memaksa. Sangat rinduuu, sangat risau andai tiada lagi esok untuk bertemu sua.

Waktu-waktu sekarang, tiada nilai rasa nya duit yang berkepuk-kepuk, kereta yg mewah, rumah besar,kebendaan yang beraja suatu masa kerana nafsu, kerana lebih perlukan kasih sayang semua nya untuk hidup gembira kembali seperti suatu masa dahulu. Kerinduan pada anak-anak yang jauh, anak2 saudara yg menggembirakan, adik2 yg di sayangi, yang sangat sakit untuk di rasai, tanpa ruang terlepas . Hanya titipan doa  agar kesihatan dan keselamatan entiasa Allah SWT payungi dan naungi dengan seluruh kasih sayang NYA. Saya belum ckup kuat .

Semoga ada hikmah di hujung ujian besar ALLAH SWT .

Segala khilaf, segala kekasaran dalam keterlanjuran kata dan perbuatan dalam perbualan, tulisan,gurauan, gelak ketawa, dengan ikhlas hati saya memohon maaf zahir dan batin, dan saya maafkan untuk segala galanya. Hidup ini sangat misteri, yang kita tiada tahu bila akan sampai noktah nya untuk berhenti menjadi khalifah. Maka lakukanlah segala kebaikan yang kita mampu buat semua di keliling hidup, waima biar sebesar zarah. Ianya bukan untuk tontonan manusia tentang kebaikan, tapi ianya untuk ketenangan jiwa, kegembiraan jiwa kita sendiri, mudah2 an insya allah.

Syukur alhamdulillah, buat insan2 yg baik yang Allah SWT hantarkan sebgai tanda kasih sayang NYA buat saya. Terlalu ramai, yang tak mampu saya sebut setiap seorang, setiap kebaikan tetap di ingati sehingga saya mati. Hanya ALLAH SWT yang akan membalas setiap kebaikan.

Al Fatihah, Al Ikhlas buat insan insan yang terdahulu di sayangi ALLAH SWT, semoga roh mereka bersama orang-orang yang beriman , insyaallah saya akan menyusul.

-


I LOVE YOU-

 

Sunday, August 1, 2021

Salam August 2021

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, sangat lama tak menulis, menaip, menzahirkan ilham rasa, ilham fikiran yang kadang-kadang spontan, yg kadang-kadang di cari ke dalam bentuk penulisan.

Dok baca deretan draft penulisan dan nukilan yang tersadai kekal di jurnal awangan dari beberapa tahun yang lampau, dok terfikir-fikir gak, sangat lah sastera nya bunga bunga bahasa, jiwang karat orang dulu dulu cakap. 
Pergolakan perasaan, permainan jiwa dalam menangani kehidupan seharian yang bermacam macam ujian suatu masa yang lampau ,rupa nya banyak tersadai dalam bentuk penzahiran tulisan.
Sabar itu rupa nya sinonim dengan perasaan. Sampai waktu, ada masa terlerai batas sabar, ada waktu penat bersabar, smpai masa ada ketika hilang rasa untuk memahami perjalanan rasa untuk hidup.

Namun sejujur nya, semakin meningkat usia, semakin mudah melepaskan apa yang terbelit dalam bentuk ujian jiwa. 

2020/ 2021- Tahun yang di pateri dalam penulisan di sini untuk di ingati untuk generasi warisan akan datang, bahawa zaman yang kehilangan sebuah kehidupan biasa yang pernah di lalui dengan kegembiraan, kemashuran berkasih sayang dengan pelukan, ciuman, bersalaman, beramah mesra secara nyata antara sesama manusia , terlerai kejauhan sebuah kemesraan untuk  masyarakat, keluarga, rakan, dalam bentuk keagaamaan, perayaan, perjumpaan, dan kekeluargaan.

Terkesan dengan perubahan kehidupan, norma baru yang terpaksa di adaptasikan sebagai kewajiban yang wajib untuk kelansungan hidup. Tentang kerjaya yang terpaksa di lepaskan kerana "PANDEMIK", tentang rezeqi yang hilang arah, tentang bebanan hidup yang terpaksa di galas dengan terpaksa, bukan mudah untuk di hadam dengan hanya senyuman.

Dan di sekeliling kehidupan , masih ramai orang-orang yang saya kenal, orang-orang yang saya sayang, orang-orang yang saya kisah dan peduli mempunyai sejuta kali penceritaan hidup berlainan yang lebih sukar untuk di halusi dan di tangani dengan kesabaran dan senyuman. Ianya tak mudah dan senang selesai
Tidak. Kerana ada kesakitan, keperitan, peperangan jiwa, emosi dan hati, yang di tanggung yang bukan semua orang mampu untuk lalui dan mengerti.
Mudah-mudahan ALLAH SWT menzahirkan kasih syg NYA agar mampu kita semua melalui keindahan setiap kesakitan itu dengan batas kemampuan. Kerana ALLAH SWT menguji setiap dengan apa yang kita mampu tangani dan hadapi.

Hidup ini singkat. Barangkali tak sempat untuk nikmati subuh pada esok hari selepas malam berlalu. Jangan di bebani hati dengan benda yang tak pasti. Jangan di serabutkan kepala memikirkan beribu macam kebarangkalian "MUNGKINKAH NANTI ". Berhenti merosakkan hati ber syak wasangka dengan tuhan, dengan manusia, fikir yang baik-baik. Insya allah  keluar lisan yang baik-baik. Sentiasa berbaik dengan org keliling, cuba kita buat orang gembira   dan tersenyum, percayalah ia nya sangat positif untuk pembalikan aura kepada kita. {tapi idaklah sampai boleh buat kite terapung kt bumbung rumah}. Hati kita pun senang. Mana tahu, ada hari yang kita dah selamatkan seseorang yang sedang kusut dengan perasaan dan jiwa , yang kecewa untuk meneruskan hidup, yang tewas dengan perasaan kacau.  Tak salah kan.

Buat apa yang kita suka, yang kita rasa gembira. Ada masaalah cari punca untuk kita selesaikan, jangan diamkan atau biar bernanah. Tapi kalau gembira menganiaya orang, seronok buat orang sakit hati tu masalah besar untuk kita, untuk hari hari yang akan datang. Sebab apa juga yang kita buat akan tetap ber balik pada kita. Orang putih panggil tu KARMA.
Tak di masa sekarang, smpai suatu masa akan tetap berbalik pada kita. Kebaikan atau keburukan yang kita lakukan.

Untuk permulaan, ckup la dulu. Nanti kakak sambung lagi . Nanait beteh
Assalamualaikum, selamat membaca kesayangan- kesayangan.

#spreadthepositivevibe #spreadthelove
Ni lowkong-my guardian






Thursday, October 3, 2019

diri dan diri

terkadang. tersepit dgn perasaan. jika tk d luah melukai perasaan sendiri,  d luah melukai perasaan org lain.
maka berdiam lah. telan apa jua keinginan,  telan perasaan,  telan kemahuan,  telan kepahitan,  n bina la seteguh n setebal apa pun benteng kesabaran. 
ujian itu hanya indah dlm bahasa insan.  yg terdera itu lah perasaan hamba insan yg tiada.

Friday, April 21, 2017

Tentang rasa

Kdg kala penat menjalani kehidupan
D luah tiada siapa yg faham
Isteri yg tidak meminta2
Teringin mcm mcm keinginan
Tp pendam,
D bicarakan nti, suami lbih tahu cuma tiada rezqi. Yg bukan kehendak
Dh bnyk lebih krg
Jika bekerja gaji spttnya hak milik mutlak isteri , tp apa daya bila fikir ada anak2.
Bila penat nk berhenti kerja tpi senang he jawapan. Berhenti lah
Tpi seadanya lah.
Tpi bila sendiri rasa penat n tk suka dgn kerja senang hati berhenti.
Isteri yg menanggung tekanan d cari pemiutang
Isteri yg menanggung rasa mcm2
Sedih, kecewa
Apa yg d buat utk menggembirakan isteri.
Nk aplot ttg berharga nya isteri di media sosial pn xde.
Klu tk bersuara, pendam je lah
Allah lebih mengetahui

Thursday, September 3, 2015

Andai

Bukan mudah untuk menjalani perjalanan hidup sebagai aku
Lebih lagi dari sisi ilmu bahawa aku ini langsung tiada daya upaya melainkan sebagai boneka si wayang kulit yang mengikut gerak cerita yang telah d tetapkan
Malah setiap butir baris terilham ini jua bukan punya ku namun..
coretan ini sebagai kenangan andai suatu masa sampai janji untuk menitik noktah terakhir perjalanan
Apa ada dalam hati..
Bersarang rasa segala rasa kesedihan ,tertekan dengan tekanan
Sukarkah utk memahami jiwa dan hati seorang wanita
Usia yang bersisa baki ,jiwa semakin sepi dan rindu
Menumpang indah melihat suami memimpin tngn isteri, mengucup dahi atau pp d khalayak ramai, tiada rasa setitik untuk rasa pelik dan mual kerna bahagia nya perasaan wanita itu sebenarnya utk d kongsi rasa.
Tapi hanya mampu memandang..
berbicara ada kala d salah ertikan
berkongsi rasa ada kala d ertikan ungkitan
bertahan kan rasa adakala d ertikan melawan
jdi d mana rasa
telan lah..
berdiam itu lebih mulia. dari terus d sakiti
jika tak mampu memberi kemewahan ckup sekadar kebahagiaan. tp d mana rasa?
berbicara utk mempertahankan.. d balas dgn kejian menghina diri.
jdi d mana rasa?
Jika itu perjanjian dalam hidup, smpi masa utk redha. namun .. sarat nya rasa dalan jiwa.
hanya Tuhan yg lebih mengetahui.