Me is Lin

My photo
Hidup ni mudah, jangan di berat-beratkan. semua ada masaalah, let ur life be easy, enjoy, ketawa gumbire selagi mampu.

Thursday, September 3, 2015

Andai

Bukan mudah untuk menjalani perjalanan hidup sebagai aku
Lebih lagi dari sisi ilmu bahawa aku ini langsung tiada daya upaya melainkan sebagai boneka si wayang kulit yang mengikut gerak cerita yang telah d tetapkan
Malah setiap butir baris terilham ini jua bukan punya ku namun..
coretan ini sebagai kenangan andai suatu masa sampai janji untuk menitik noktah terakhir perjalanan
Apa ada dalam hati..
Bersarang rasa segala rasa kesedihan ,tertekan dengan tekanan
Sukarkah utk memahami jiwa dan hati seorang wanita
Usia yang bersisa baki ,jiwa semakin sepi dan rindu
Menumpang indah melihat suami memimpin tngn isteri, mengucup dahi atau pp d khalayak ramai, tiada rasa setitik untuk rasa pelik dan mual kerna bahagia nya perasaan wanita itu sebenarnya utk d kongsi rasa.
Tapi hanya mampu memandang..
berbicara ada kala d salah ertikan
berkongsi rasa ada kala d ertikan ungkitan
bertahan kan rasa adakala d ertikan melawan
jdi d mana rasa
telan lah..
berdiam itu lebih mulia. dari terus d sakiti
jika tak mampu memberi kemewahan ckup sekadar kebahagiaan. tp d mana rasa?
berbicara utk mempertahankan.. d balas dgn kejian menghina diri.
jdi d mana rasa?
Jika itu perjanjian dalam hidup, smpi masa utk redha. namun .. sarat nya rasa dalan jiwa.
hanya Tuhan yg lebih mengetahui.

Tuesday, May 12, 2015

Sangat

Terlalu berlembut
Terlalu mengalah
Jika sampai izin,biarlah jasad berakhir berhayat mendahului.
Ingin di suburkan hati yg akan d tilik tuhan
Tapi kecundang dalam lautan ujian

Monday, April 27, 2015

Andai berakhir

Bismillahirrahmanirrahim
.setiap kali bangun pgi atau trjaga sebelum subuh,ohh..masih berhayat jasad ni
Semakin menghampiri satu hari lgi hari untuk berakhir sebagai penghuni jasad
Barangkali sebentar saje lagi, barangkali dalam minggu ini,barangkali juga tidak sempat menyambut ramadhan tahun ini. Kerna diamnya dalam rahsia NYA.
Tidak kuat rasanya sudah, namun d sebalik kegembiraan dan ketawa, dan jenaka tiada yg faham hati yang terluka.
Sesungguhnya lahir tidak memiliki, lantas mengapa memunya seketul daging yg bernama hati.
Benar.
Perhubungan segera antara hayon dan hayat, dalam menidakkan wujud diri, ada masa tenggelam timbul.
Tidak kuat lagi rasanya ..
Tiada rasa sudah,
Sudah ku serahkan segala meliputi milik kekal si Maha Pencipta segenap ruang dan zarah
Mudah2 an akhir kalam dalam keadaan yg d jaga aibnya.
Mudah2 an tidak mnyusahkan yg tersayang mnjga sakit
Setiap sesuatu adalah prjalanan yg tertulis
Semoga akan tiba satu saat dan ketika, d sapa lembut c malaikat nyawa, dn kenal akan diri utk pulang.
Tidak kuat dan mampu utk berfikir dgn akal , knp d bahu , tpi itu hanya kata2 mengaku diri.
Mohon maaf- selama berjasad , telah d salah gunakan segala zat n sifat k arah yg tidak benar.
Allahu alam.

Friday, April 17, 2015

Pesanan buat kesayangan

Jika ada diantara kita yang membuat ksilapan,tegur menegurlah,

rendahkan hati untuk maaf memaafi,

yg baik d jdikan tauladan,yg buruk djdikan smpadan.

Hindari sifat dengki mndengki antara kita agar rukun dn gembra,

mudah2an,kita menjdi anak2 soleh yg dpt menerangi kehidupan alam lain kelak buat org tua,

Tiada ucapan yg dpt dilafazkan dgn kalam,betapa bersyukurnya punya kalian

Sedih dan gembira kongsi bersama

Sentiasa disisi kala musibah datang melanda,

Sokongan dan kasih sayang saat diperlukan,

Biar buruk dimata insan,tetap tinggi nilai dan darjatnya di sisi Tuhan,

Gembirakan hati org tua tika mereka masih ada,

kekalkan kegembiraan,gelak tawa,gurau senda anatra kita,

Mana tahu jika ada diantara kita yg pergi dahulu menunaikan janji,

Kekalkan memori indah semat dihati

Wednesday, January 7, 2015

Pandang lah pada kalamNYA

ada rasa rindu dari cinta
cinta lama yang d jalankan alam nyata
rindu ghaib yang menjadi de ja vu
tahu adanya aku
tp aku hilang dlm kabus
ku renung2 dalam cermin- syg cermin nya retak seribu