Me is Lin

My photo
Hidup ni mudah, jangan di berat-beratkan. semua ada masaalah, let ur life be easy, enjoy, ketawa gumbire selagi mampu.

Monday, August 9, 2021

Kehilangan Itu Menakutkan


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, sesungguh nya hari ini tak mampu bertahan untuk membenteng kan teguh kesabaran, redha, percaya qada dan qadar, agar tiada bah dengan limpahan air mata.

Baru baru ini saya  kehilangan orang tersayang, ayah angkat, seorang guru yg membimbing tentang bab ketuhanan, orang2 yg di kenali, orang2 yg pernah saya kisah, saya peduli di dalam hidup telah syahid angkara wabak, hilang kata dengan di tambah berita kehilangan almarhumah Siti Sarah hari ini , seorang artis. Yg selama ini, saya tiada kisah dengan dengan cerita artis, kehidupan artis, tapi sgt terkesan dengan pemergian nya. Mental koyak, tak tahu berapa banyak air mata jatuh seharian ini, dengan tontonan video ketika saat indah n bahagia nya beliau ketika hidup bersama keluarga, video pengebumian beliau.

Betapa singkat nya hidup, betapa rasa tak ckup masa rasa nya untuk menikmati hari2 indah bersama orang yang paling kita sayang. Dan sangat terkesan, kehilangan itu menyakitkan, melukakan, memedihkan. Sangat takot untuk melalui perjalanan yang tak pernah kita bayangkan, yang tak nak di bayangkan jika mampu. Tiba-tiba teringat anak-anak yang jauh di perantauan, adik-adik yang jauh, saudara mara, mak2 saudara, ipar duai, anak2 saudara yang menggembirakan yang jauh, sepupu2 yang dah lama tak jumpa kerana kekangan keadaan yang memaksa. Sangat rinduuu, sangat risau andai tiada lagi esok untuk bertemu sua.

Waktu-waktu sekarang, tiada nilai rasa nya duit yang berkepuk-kepuk, kereta yg mewah, rumah besar,kebendaan yang beraja suatu masa kerana nafsu, kerana lebih perlukan kasih sayang semua nya untuk hidup gembira kembali seperti suatu masa dahulu. Kerinduan pada anak-anak yang jauh, anak2 saudara yg menggembirakan, adik2 yg di sayangi, yang sangat sakit untuk di rasai, tanpa ruang terlepas . Hanya titipan doa  agar kesihatan dan keselamatan entiasa Allah SWT payungi dan naungi dengan seluruh kasih sayang NYA. Saya belum ckup kuat .

Semoga ada hikmah di hujung ujian besar ALLAH SWT .

Segala khilaf, segala kekasaran dalam keterlanjuran kata dan perbuatan dalam perbualan, tulisan,gurauan, gelak ketawa, dengan ikhlas hati saya memohon maaf zahir dan batin, dan saya maafkan untuk segala galanya. Hidup ini sangat misteri, yang kita tiada tahu bila akan sampai noktah nya untuk berhenti menjadi khalifah. Maka lakukanlah segala kebaikan yang kita mampu buat semua di keliling hidup, waima biar sebesar zarah. Ianya bukan untuk tontonan manusia tentang kebaikan, tapi ianya untuk ketenangan jiwa, kegembiraan jiwa kita sendiri, mudah2 an insya allah.

Syukur alhamdulillah, buat insan2 yg baik yang Allah SWT hantarkan sebgai tanda kasih sayang NYA buat saya. Terlalu ramai, yang tak mampu saya sebut setiap seorang, setiap kebaikan tetap di ingati sehingga saya mati. Hanya ALLAH SWT yang akan membalas setiap kebaikan.

Al Fatihah, Al Ikhlas buat insan insan yang terdahulu di sayangi ALLAH SWT, semoga roh mereka bersama orang-orang yang beriman , insyaallah saya akan menyusul.

-


I LOVE YOU-

 

Sunday, August 1, 2021

Salam August 2021

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang, sangat lama tak menulis, menaip, menzahirkan ilham rasa, ilham fikiran yang kadang-kadang spontan, yg kadang-kadang di cari ke dalam bentuk penulisan.

Dok baca deretan draft penulisan dan nukilan yang tersadai kekal di jurnal awangan dari beberapa tahun yang lampau, dok terfikir-fikir gak, sangat lah sastera nya bunga bunga bahasa, jiwang karat orang dulu dulu cakap. 
Pergolakan perasaan, permainan jiwa dalam menangani kehidupan seharian yang bermacam macam ujian suatu masa yang lampau ,rupa nya banyak tersadai dalam bentuk penzahiran tulisan.
Sabar itu rupa nya sinonim dengan perasaan. Sampai waktu, ada masa terlerai batas sabar, ada waktu penat bersabar, smpai masa ada ketika hilang rasa untuk memahami perjalanan rasa untuk hidup.

Namun sejujur nya, semakin meningkat usia, semakin mudah melepaskan apa yang terbelit dalam bentuk ujian jiwa. 

2020/ 2021- Tahun yang di pateri dalam penulisan di sini untuk di ingati untuk generasi warisan akan datang, bahawa zaman yang kehilangan sebuah kehidupan biasa yang pernah di lalui dengan kegembiraan, kemashuran berkasih sayang dengan pelukan, ciuman, bersalaman, beramah mesra secara nyata antara sesama manusia , terlerai kejauhan sebuah kemesraan untuk  masyarakat, keluarga, rakan, dalam bentuk keagaamaan, perayaan, perjumpaan, dan kekeluargaan.

Terkesan dengan perubahan kehidupan, norma baru yang terpaksa di adaptasikan sebagai kewajiban yang wajib untuk kelansungan hidup. Tentang kerjaya yang terpaksa di lepaskan kerana "PANDEMIK", tentang rezeqi yang hilang arah, tentang bebanan hidup yang terpaksa di galas dengan terpaksa, bukan mudah untuk di hadam dengan hanya senyuman.

Dan di sekeliling kehidupan , masih ramai orang-orang yang saya kenal, orang-orang yang saya sayang, orang-orang yang saya kisah dan peduli mempunyai sejuta kali penceritaan hidup berlainan yang lebih sukar untuk di halusi dan di tangani dengan kesabaran dan senyuman. Ianya tak mudah dan senang selesai
Tidak. Kerana ada kesakitan, keperitan, peperangan jiwa, emosi dan hati, yang di tanggung yang bukan semua orang mampu untuk lalui dan mengerti.
Mudah-mudahan ALLAH SWT menzahirkan kasih syg NYA agar mampu kita semua melalui keindahan setiap kesakitan itu dengan batas kemampuan. Kerana ALLAH SWT menguji setiap dengan apa yang kita mampu tangani dan hadapi.

Hidup ini singkat. Barangkali tak sempat untuk nikmati subuh pada esok hari selepas malam berlalu. Jangan di bebani hati dengan benda yang tak pasti. Jangan di serabutkan kepala memikirkan beribu macam kebarangkalian "MUNGKINKAH NANTI ". Berhenti merosakkan hati ber syak wasangka dengan tuhan, dengan manusia, fikir yang baik-baik. Insya allah  keluar lisan yang baik-baik. Sentiasa berbaik dengan org keliling, cuba kita buat orang gembira   dan tersenyum, percayalah ia nya sangat positif untuk pembalikan aura kepada kita. {tapi idaklah sampai boleh buat kite terapung kt bumbung rumah}. Hati kita pun senang. Mana tahu, ada hari yang kita dah selamatkan seseorang yang sedang kusut dengan perasaan dan jiwa , yang kecewa untuk meneruskan hidup, yang tewas dengan perasaan kacau.  Tak salah kan.

Buat apa yang kita suka, yang kita rasa gembira. Ada masaalah cari punca untuk kita selesaikan, jangan diamkan atau biar bernanah. Tapi kalau gembira menganiaya orang, seronok buat orang sakit hati tu masalah besar untuk kita, untuk hari hari yang akan datang. Sebab apa juga yang kita buat akan tetap ber balik pada kita. Orang putih panggil tu KARMA.
Tak di masa sekarang, smpai suatu masa akan tetap berbalik pada kita. Kebaikan atau keburukan yang kita lakukan.

Untuk permulaan, ckup la dulu. Nanti kakak sambung lagi . Nanait beteh
Assalamualaikum, selamat membaca kesayangan- kesayangan.

#spreadthepositivevibe #spreadthelove
Ni lowkong-my guardian